Masjid Nurul Hidayah, Kg. Anak Musang, Besut

Bermula dengan sebuah bangunan surau kayu yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung pada tahun 1952. Bangunan surau lama ini telah diubahsuai oleh penduduk kampung serta dibantu pembiayaan oleh kerajaan negeri dan dinaiktaraf sebagai masjid pada tahun 1958.

Pada tahun 1971, masjid ini sekali lagi dibaiki dan diubahsuai kepada bangunan kayu yang lebih besar kerana jemaah yang kian bertambah.

Pada tahun 1985, Masjid Kampung Anak Musang telah mendapat peruntukan bangunan batu dengan pembiayaan sepenuhnya oleh kerajaan negeri melebihi RM 900,000.00. Masjid baru ini telah siap sepenuhnya dan digunakan pada tahun 1988, manakala bangunan kayu telah dirobohkan.

Masjid ini didirikan di atas tanah milik kerajaan di Lot 5559, Mukim Jabi dengan keluasan 1.25 ekar dan kapasiti jemaah seramai 650 orang.

Masjid ini telah dirasmikan pada 12 Disember 1997 bersamaan 12 Sya’aban 1418 oleh YAB Dato Hj. Wan Mokhtar Bin Wan Ahmad iaitu Menteri Besar Terengganu.


Info dari http://emasjid.terengganu.gov.my .

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by